SHAH ALAM: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor diingatkan menjauhi budaya ‘cah keting’ atau sabotaj yang menjadi antara punca kekalahan tiga Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini. Amanat yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu disokong sepenuhnya kepimpinan dan akar umbi parti di negeri ini. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, faktor perpaduan dan persepakatan amat penting bagi merampas semula negeri ini sejak tiga penggal…