Bekas Panglima sedia dedah perolehan LCS jika dibenarkan - Utusan Malaysia

Bekas Panglima sedia dedah perolehan LCS jika dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memilih untuk mengunci mulut ketika diminta mengulas pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap kepincangan perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Abdul Aziz berkata, ini berikutan beliau tidak boleh mendedahkan butiran laporan tersebut yang mempunyai kaitan dengan kontrak perolehan enam kapal itu.

“Saya tidak mahu komen buat masa ini sehingga surat saya berkaitan isu berkenaan dibenar untuk didedahkan kepada umum. Tidak semua boleh membacanya kecuali orang yang dibenarkan oleh perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Semalam, media melaporkan, PAC menyenaraikan sembilan rumusan punca kepincangan projek pembinaan enam buah LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Antara kepincangan tersebut ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) berhubung perolehan LCS semasa melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Susulan itu, PAC turut mengemukakan tujuh syor penambahbaikan, yang antaranya menyarankan Kementerian Pertahanan melihat semula opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, meskipun sebuah kapal LCS pernah dilaporkan dilancarkan pada 2017 lalu, namun kapal tersebut sebenarnya dalam keadaan tidak siap.

Katanya, ini berdasarkan laporan PAC yang dilaporkan semalam apabila kemajuan kerja kapal tersebut yang sebenar hanyalah kira-kira 44 peratus.

“Jadi persoalan dibangkitkan daripada PAC ketika prosiding adalah bagaimana sebuah kapal LCS itu boleh dilancarkan apabila ia masih belum siap.

“Jawapan daripada Kementerian Pertahanan dan kontraktor adalah mereka katakan pelancaran dan penamaan itu tidak bermaksud kapal itu sudah siap. Tetapi, katanya pelancaran itu bertujuan memastikan keseimbangan (kapal di atas air) dan itu merupakan sebahagian praktis industri.

“Tetapi PAC tidak setuju kerana gambaran pada masa itu kena kapal yang siap, jadi mana boleh lancar satu kapal tidak siap.

“Kapal itu kalau google memang nampak cantik, tetapi selepas pelancaran ia dihantar balik ke kilang atau limbungan mereka untuk teruskan pembinaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×