Bangunan baharu SMA Chuah layak dimasuki  - Utusan Malaysia

Bangunan baharu SMA Chuah layak dimasuki 

PENGARAH Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidi Ramli menyerahkan replika kunci kepada Maimun sambil diperhatikan oleh Mohamad (tiga dari kanan) pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu SMA Chuah di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas sekian lama menanti, guru dan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah di sini kini tersenyum gembira apabila bangunan baharu sekolah tersebut yang siap dua tahun lalu, boleh digunakan bulan hadapan.

Ia selepas Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) sudah diterima pihak sekolah baru-baru ini dan kunci bangunan sekolah tersebut juga telah diserahkan hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin yang hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu SMA Chuah di sini hari ini juga turut menzahirkan rasa gembira beliau.

“Saya berharap dengan adanya bangunan baharu ini, ia dapat menambah semangat guru-guru dan pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik sekolah. 

“Dalam pada itu, saya juga berharap isu-isu teknikal seperti yang dialami sekolah ini tidak berulang lagi.

“Saya memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membantu Kementerian Pendidikan dalam mempercepat dan mempermudahkan keputusan-keputusan teknikal yang melibatkan pelaksanaan projek-projek seperti ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Utusan Online pada 10 Ogos lalu melaporkan desakan ibu bapa agar pihak berwajib menyegerakan proses pemindahan pelajar dan guru-guru ke bangunan baharu sekolah itu.

Pada 13 Ogos kemudiannya, sekumpulan ibu bapa dan penduduk kampung mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan dan PBT untuk segera menyelesaikan masalah bangunan baharu yang belum boleh digunakan walaupun sudah dua tahun siap dibina.

Sementara itu, Pengetua SMA Chuah, Maimon Bahari berkata, bangunan baharu itu akan mula digunakan pada 12 September depan selepas CPC diterima pihaknya pada 12 Ogos yang lalu.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat kami seluruh warga SMA Chuah dan ia adalah hasil kerjasama semua pihak. Memang terharu kerana akhirnya kami mempunyai bangunan sendiri untuk beroperasi,” katanya.

SMA Chuah yang asalnya dikenali Sekolah Ugama Menengah Rendah Chuah ditubuhkan pada tahun 1959 di dalam kawasan Masjid Kampung Chuah.

Pada tahun 1977, bangunan baharu dibina dan 20 tahun kemudian bangunan sambungan didirikan dan berikutan penambahan bilangan pelajar sehingga kini, empat buah kabin digunakan bagi dijadikan sebagai bilik darjah.

SMA Chuah kemudian didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan pada tahun 2018 majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu sekolah telah dimulakan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya