PETALING JAYA: Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita dalam satu serbuan di ditahan dalam serbuan ke sebuah premis di Jalan Tun Razak dekat sini selepas terbabit kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Kesemua mereka terdiri tiga lelaki tempatan dan tiga wanita dan seorang wanita warga asing ditahan kira-kira pukul 5.45 petang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyewa premis ini dan sudah beroperasi selama hampir tiga bulan.
Kata beliau, tiga daripada mereka berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan manakala selebihnya bertindak sebagai penyelia.
“Hasil penahanan itu, pihaknya turut merampas 17 unit telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba (tiga unit) dan satu unit komputer dan satu unit modem dan kad akses premis.
“Kesemua peralatan berkenaan yang dirampas didapati mempunyai unsur kegiatan pelaburan tidak wujud secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata Noor Dellhan, mereka akan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 26 Ogos untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian agar tidak terpedaya dengan tipu helah berkenaan.
“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke IPD Dang Wangi di talian 03- 26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE










