500 sertai Jalan Santai Malam Night Walk sempena Bulan Kemerdekaan - Utusan Malaysia

500 sertai Jalan Santai Malam Night Walk sempena Bulan Kemerdekaan

SEBAHAGIAN daripada lebih 500 peserta yang mengambil bahagian dalam Jalan Santai Malam Night Walk sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Seremban malam tadi-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 500 orang mengambil bahagian dalam Jalan Santai Malam Night Walk sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di bandar ini malam tadi.

Program anjuran Persatuan Bentan Malaysia itu adalah  aktiviti berjalan kaki sejauh 13 kilometer bermula di  bangunan Seremban Gateway dekat sini bermula pukul 9 malam.

Presiden Persatuan Bentan Malaysia, Datuk Nazri Kamal berkata, para peserta  singgah di 12 lokasi yang menempatkan ikon bersejarah di sekitar bandar ini.

“Antaranya ialah Istana Hinggap Seremban, Stesen Keretapi Seremban, rumah ibadat di Kampung Bukit Temiang, Penjara Seremban, bangunan kerajaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS.

“Tujuan kami singgah bagi membolehkan peserta menghayati premis berkenaan yang mempunyai nilai sejarah kepada negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Menurutnya, penghayatan terhadap sejarah premis ikon tersebut mampu meningkatkan kesedaran mengenai nikmat kemerdekaan yang dikecapi sejak 1957.  

Nazri memberitahu, para peserta terdiri daripada pelbagai lingkungan umur seawal dua tahun hingga 62 tahun.

Majlis pelepasan program disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Sementara itu, Nicole mengalu-alukan penganjuran program seperti itu dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menganjurkan program sendiri yang boleh disertai oleh orang ramai,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.