20 minit tahan azab kaki tersepit dalam treler - Utusan Malaysia

20 minit tahan azab kaki tersepit dalam treler

PASUKAN bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang kakinya tersepit dalam treler yang dipandunya selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah treler lain di Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Tali Air 3, Sungai Burong, Tanjong Karang di Kuala Selangor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki menahan azab 20 minit apabila sebelah kakinya tersepit dalam treler dipandunya selepas bertembung dengan sebuah  treler lain di Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Tali Air 3, Sungai Burong, Tanjong Karang di sini malam tadi.

Kemalangan pukul 10 malam itu melibatkan lelaki berusia 24 tahun yang cedera di kaki.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 malam dan menggerakkan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dan Sekinchan.

“Kejadian berlaku ketika pemandu treler bermuatan kapur itu melanggar sebuah treler yang keluar dari satu  simpang jalan di situ. Pelanggaran itu mengakibatkan kaki mangsa tersepit dan menyebabkan mangsa terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit

“Pasukan bomba masa lima minit menggunakan peralatan khas untuk mengumpil dan memotong bahagian treler sebelum berjaya mengeluarkan lelaki berkenaan dan dikejarkan ke hospital berdekatan,” katanya.

Menurut beliau,  seorang lagi pemandu treler tidak cedera dan operasi menyelamat itu selesai pada pukul 1.02 pagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN