Waspada pilih pakej korban luar negara - Utusan Malaysia

Waspada pilih pakej korban luar negara

MOHD. Faizul Robhan Ahmad (empat dari kanan, barisan depan) semesa menyertai Majlis Korban Kasih 5.0 Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Masjid Ubudiah, Mukim Belimbing, Tanah Merah, Kelantan hari ini/ FOTO : ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Orang ramai disarankan supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan pakej korban di luar negara yang banyak dipromosikan dalam laman sosial Facebook bagi mengelak ditipu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Pengarah Urusan, FR Qaseh Sdn. Bhd, Mohd. Faizul Rohban Ahmad berkata, pakej yang murah menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk menjalani ibadah korban di luar negara.

Menurutnya, difahamkan, pakej korban luar negara seperti di Syria, Lubnan dan Kemboja lebih murah antara RM350 berbanding di negara ini bermula RM700 untuk sebahagian lembu.

“Saya berpandangan, ibadah korban dalam negara perlu didahulukan kerana masih ada yang memerlukan. Lagipun agihannya diberikan terus kepada mereka yang berhak. 

“Semua itu terpulang kepada individu itu sendiri dan kefahamannya berkait ‘erti pengorbanan’ seperti yang dituntut dalam agama Islam,”katanya pada Majlis Korban Kasih 5.0 Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Masjid Ubudiah, Mukim Belimbing di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.