PETALING JAYA: UMNO mempunyai pelan selanjutnya jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran pelan tersebut kerana masih di bawah perancangan parti. Namun katanya, UMNO masih mengharapkan satu keputusan positif agar pindaan yang diluluskan sebulat suara perwakilan itu dibenarkan…