Syed Saddiq persoal kos RM5 juta promosi Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

Syed Saddiq persoal kos RM5 juta promosi Keluarga Malaysia

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan kos sehingga RM5 juta bagi mempromosikan Keluarga Malaysia

Meskipun perbelanjaan itu untuk penyediaan bahan kreatif, video pendek, audio, percetakan, media sosial dan papan iklan, beliau berkata, banyak persoalan timbul berhubung kos bajet tersebut sama ada perlu dibelanjakan sebanyak itu atau sebaliknya. 

“Dalam keadaan ekonomi yang tenat dan juga bila kos sara hidup yang tinggi, perlu ke kita perbelanjakan wang sebanyak ini demi propoganda kerajaan? RM5 juta itu bukan lah sikit.

“Perbelanjaan duit rakyat ini, kena lah berhemah. Bayangkan berapa banyak keluarga yang boleh ditolong menggunakan duit sebanyak ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Jelas Syed Saddiq, pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk membelanjakan peruntukan sebanyak itu dengan berhemah. 

Katanya, ia meliputi bantuan subsidi minyak masak, bantuan subsidi kos tanggungan rumah tangga B40, bantuan laptop dan tablet untuk pelajar dan bantuan kos sara hidup bagi mahasiswa-mahasiswa yang makin rasa terjerat dengan kenaikan kos kehidupan. 

“Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, kenapa lah kerajaan ini tidak berbelanja dengan bijak? Pakai duit untuk memperkasakan rakyat lebih baik dari untuk berproganda,” jelasnya. 

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak RM5 juta sudah dibelanjakan kerajaan untuk menjayakan kempen Keluarga Malaysia. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad ketika menjawab soalan lisan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) di sidang Dewan Rakyat, hari ini. 

Menurut Abdul Latiff, peruntukan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya