Sedia ikut harga lama, jika penternak tak naik harga - Utusan Malaysia

Sedia ikut harga lama, jika penternak tak naik harga

ASRUL NIZAM Mohd. Noor tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggannya selepas harga ayam di peringkat penternak turun dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Penjual ayam di Pasar Awam Masjid Tanah di sini sedia mengekalkan harga RM8.90 sekilogram, walaupun harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuatkuasa 1 Julai.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penjual ayam, Asrul Nizam Mohd. Noor, 40, berkata, peniaga sanggup mengekalkan harga lama tanpa caj pemotongan sekiranya pihak penternak tidak menaikkan harga ayam.

PENIAGA ayam di Pasar Awam Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan susulan penurunan harga ayam di peringkat penternak. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Menurutnya, harga ayam sudah dua kali turun sejak beberapa hari lalu, sekaligus membolehkan peniaga-peniaga di pasar itu menjual pada harga lebih murah.

“Sejak semalam saya tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan (potong ayam) kepada pelanggan kerana harga ayam di peringkat penternak turun sehingga 70 sen sekilogram. Kalau naik 20 sen pun masih okay lagi, tapi kalau naik sehingga 70 sen atau RM1, saya akan ikut harga siling baharu.

“Sebagai peniaga saya sambut baik langkah kerajaan menaikkan harga siling ayam yang tidak berubah sejak Februari lepas. Setidaknya saya boleh buat penyesuaian kos dengan harga baharu.

“Saya faham situasi pembeli yang tertekan dengan kenaikan harga barang. Sebab itu saya fleksibel dalam penetapan harga ayam dan caj perkhidmatan. Jika kos itu boleh diserap, saya akan kekalkan harga,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan akhbar ini di pasar berkenaan mendapati, rata-rata peniaga ayam tidak lagi mengenakan caj pemotongan, susulan penurunan harga ayam di peringkat ladang.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia, berkuatkuasa 1 Julai selepas kerajaan mengambil keputusan tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan pemberian subsidi.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Amir Hamzah Zainudin, 42, pula berharap kenaikan harga ayam tidak akan berlaku menjelang Hari Raya Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi.

“Kena tengok juga berapa sen naik. Kalau naik empat atau lima kali, saya terpaksa kenakan caj perkhidmatan. Saya jangkakan harga ayam akan naik kerana menjadi trend setiap musim perayaan dan cuti sekolah panjang.

“Jadi sukar untuk saya katakan pelanggan tidak lagi dikenakan caj perkhidmatan, meskipun harga ayam naik kepada RM9.40 sekilogram. Saya sebolehnya tidak mahu jual lebih daripada RM9 kerana memahami kesusahan pelanggan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya