Sandiaga iktiraf keupayaan RichWorks lahirkan usahawan jutawan

Sandiaga iktiraf keupayaan RichWorks lahirkan usahawan jutawan

AZIZAN Osman (berdiri) berkongsi rahsia keusahawan dalam sesi business coaching bersama 200 usahawan di Jakarta, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam baik buat RichWork  International Sdn. Bhd. bila dapat bersama sekitar 200 usahawan terutama dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam.

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi business coaching bersama usahawan ini.

Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam  berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.

“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) di bawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno.

“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya kepada wartawan di sini, semalam.

Tambahnya, RichWorks turut menaja sehingga 50 usahawan yang layak untuk ikuti sesi Inner Circle Meeting (ICM) yang dihadiri sekitar 350 usahawan jutawan Malaysia di Bali pada September nanti.

“Mereka yang layak berpeluang mengikuti bagaimana saya dan RichWorks membimbing usahawan jutawan dalam membina bisnes lebih berjaya.

SANDIAGA Uno tampil secara live dalam program bersama Azizan Osman anjuran RichWork International di Jakarta, semalam.

Sementara itu, Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks  dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero.

Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes.

“Ingatkan pengalaman saya, pernah dipecat kerja ketika krisis ekonomi. Namun dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas, alhamdulillah jadi hero.

“Lihat bimbingan Azizan juga sangat terbukti dengan melahirkan ramai usahawan Titanium (permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN