Polis tunggu kerjasama Lufya kesan penculik  - Utusan Malaysia

Polis tunggu kerjasama Lufya kesan penculik 

Keratan Utusan Online sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama daripada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar amat diperlukan polis bagi tindakan lanjut berhubung dakwaan dipukul dengan kayu dalam cubaan seorang individu menculik anak perempuannya, Laana Haura pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan.

“Polis sebelum ini telah merakam percakapan Lufya, tapi, masih ada beberapa tindakan lanjut dijalankan yang memerlukan kerjasama Lufya.

“Buat masa ini, tindakan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Sebelum ini, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.

Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara hujung bulan lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN