[PARLIMEN]: MP pengerusikan majlis layak terima elaun RM500 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: MP pengerusikan majlis layak terima elaun RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mana-mana ahli Parlimen yang mempengerusikan mesyuarat secara sementara layak dibayar elaun RM500 sehari.

Menurut senarai risalat yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, ia selaras dengan seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237] mengenai elaun dan keistimewaan bagi ahli Parlimen dipinda dengan memasukkan perkara berkenaan.

“Menurut seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], Yang di-Pertuan Agong mengarahkan supaya Kertas Statut 235 Tahun 1983 yang bertarikh 30 Ogos 1983 mengenai elaun dan keistimewaan bagi ahli parlimen dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 1C perenggan yang berikut:

“Ahli Parlimen yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua untuk mempengerusikan mesyuarat secara sementara di bawah Peraturan Mesyuarat 6(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara atau Peraturan Mesyuarat 7(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat layak untuk dibayar elaun sebanyak RM500 sehari bagi setiap hari beliau mempengerusikan mesyuarat,” katanya.

23 Ogos tahun lalu, Datuk Seri Azalina Othman Said melepaskan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Susulan itu, jawatan seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kini kosong dan hanya Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memegang jawatan itu ketika ini.

Bagaimanapun, Azalina masih menjalankan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara sepanjang tempoh persidangan itu berlangsung.

Kemudian, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor juga muncul mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN