Nelayan diminta jadi 'mata’ dan ‘telinga’ kepada pihak berkuasa - Utusan Malaysia

Nelayan diminta jadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada pihak berkuasa

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Para nelayan di seluruh negara diminta menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ kepada pihak berkuasa bagi mengawal aktiviti pencemaran di perairan negara ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peranan nelayan penting dengan menyalurkan sebarang  aktiviti pencemaran di tengah laut kepada pihak berkuasa dengan segera.

Menurutnya, laporan tersebut penting untuk membantu memudahkan pihak berkuasa  melakukan tindakan penguatkuasaan ke atas pihak tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran.

“Walaupun kejadian pencemaran di tengah laut dilaporkan tidak serius, namun, kita tidak mahu aktiviti ini akhirnya menjejaskan kehidupan ikan-ikan di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas majlis pelancaran Projek Pemulihan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Merchang di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini, beliau pernah menerima aduan daripada nelayan yang mendakwa terdapat aktiviti pencemaran dilakukan oleh kapal-kapal dengan membuang sisa-sia minyak hitam di tengah laut.

“Ada aduan kadang-kadang dia (kapal) buat (buang sisa-sisa minyak hitam) pada waktu malam, waktu orang tidak nampak.

“Nelayan dapati tiba-tiba minyak hitam yang dibuang kapal itu sampai ke bot mereka.

“Sebab itu kalau (nelayan) ada maklumat (aktiviti pencemaran) boleh lapor segara dan kita (pihak berkuasa) boleh ambil tindakan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya