Mesej banduan lolos dari Penjara Sg. Udang palsu - Utusan Malaysia

Mesej banduan lolos dari Penjara Sg. Udang palsu

TANGKAP layar mesej banduan lolos dari Penjara Sungai Udang, Melaka yang tular dalam WhatsApp dan laman sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis mengesahkan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial yang mendakwa, seramai 30 banduan lolos dari Penjara Sungai Udang di sini adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perkara itu disahkan oleh Penguasa Penjara, Superintenden Mohd. Saizi Ibrahim.

“Perkara ini disahkan oleh pihak penjara dan laporan polis akan dibuat terhadap isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, tular satu mesej di WhatsApp mendakwa seramai 30 banduan dari Penjara Sungai Udang lolos antara pukul 9 sehingga 11 pagi kelmarin.

Susulan kejadian itu, dakwa mesej itu lagi, sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan secara berterusan di Sungai Udang, Masjid Tanah dan beberapa kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, Christopher menjelaskan, SJR yang dikaitkan dalam mesej itu sebenarnya adalah Op Tapis Bersepadu yang kini giat dijalankan oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Sekatan jalan raya yang kita jalankan bermula hari ini di kawasan Hutan Simpan Sungai Udang itu adalah rutin biasa operasi di bawah Op Tapis bagi mengesan kesalahan berkaitan dadah.

“Ia tidak ada kaitan dengan operasi mencari banduan sebagaimana didakwa, jadi, saya minta untuk orang ramai tidak terus menyebarkan berita palsu tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya