Makanan tidak boleh diwakaf -Pejabat Mufti - Utusan Malaysia

Makanan tidak boleh diwakaf -Pejabat Mufti

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Makanan tidak boleh diwakafkan kerana manfaat harta yang ingin diwakafkan mestilah dapat digunakan berterusan seperti tanah, rumah dan telaga, kereta. 

Itu penjelasan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berhubung hukum mewakafkan makanan yang dikongsi menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-709, hari ini. 

PMWP berkata, manfaat makanan tidak dapat digunakan berterusan kerana selepas makanan itu habis maka manfaat yang diberikan terhenti setakat itu sahaja.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang orang awam supaya menggunakan nama lain yang lebih sesuai bagi menggantikan kempen ‘Wakaf Makanan’ seperti Infak Makanan atau Sedekah Makanan. 

“Wakaf bermaksud menahan hak pewakaf untuk melakukan urusan jual beli, pewarisan dan sebagainya ke atas harta yang boleh dimanfaatkan dengan mengekalkan sifat fizikal harta itu, untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Kebiasaannya, perkara yang boleh diwakafkan adalah harta yang boleh memberi manfaat yang berterusan sama ada harta tidak alih (‘aqar) seperti tanah, bangunan, telaga dan seumpamanya atau harta alih (manqul) seperti kereta, haiwan tunggangan, pinggan mangkuk dan sebagainya,” katanya. 

Katanya, ulama menyatakan bahawa wakaf adalah sedekah jariah dan ganjaran bagi orang yang berwakaf akan mengalir berterusan selagi harta yang diwakafkan itu wujud dan boleh diambil manfaat darinya.

Jelasnya lagi, ulama mazhab Syafie turut menyatakan bahawa makanan tidak boleh diwakafkan. 

“Ini adalah kerana manfaat yang boleh digunakan dari makanan tidak bersifat berterusan dan akan habis dengan cepat.

“Oleh itu, makanan akan menyebabkan tujuan berwakaf tidak dapat dicapai iaitu untuk memberi manfaat yang berterusan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya