Lelaki berdepan detik cemas disamun dua lelaki bersenjata pisau  - Utusan Malaysia

Lelaki berdepan detik cemas disamun dua lelaki bersenjata pisau 

OMAR BAKHTIAR YAACOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak arah selatan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian sekitar pukul 11.45 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun berada di kawasan tempat letak kereta.

Katanya, dua lelaki memakai topi keledar penutup penuh dan bersenjata pisau menghampiri mangsa sebelum melarikan wang tunai dan telefon bimbitnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, namun, mangsa mengalami kerugian RM1,500. 

“Pihak polis sedang mengesan suspek terlibat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman audio dipercayai oleh mangsa yang mendakwa dia disamun ketika sedang menuju ke tandas sambil mendukung anaknya. 

Menurut lelaki itu, suspek mengacukan pisau kepada anaknya menyebabkan mangsa menyerahkan beg sandang yang mengandungi dokumen peribadi dan wang. 

Mangsa mendakwa suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 yang tidak mempunyai nombor pendaftaran. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN