Kisah Sybil Kathigasu wajar difilemkan seperti Mat Kilau

Kisah Sybil Kathigasu wajar difilemkan seperti Mat Kilau

SYBIL Kathigasu merupakan ikon wanita dalam menentang penjajah Jepun di negara ini. -gambar ihsan media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat biasa yang berbakti dan berjasa kepada negara juga harus diangkat sebagai ikon dan difilemkan seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, hal ini berikutan rakyat biasa juga mampu membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai contoh, Sybil Kathigasu adalah seorang wira yang tak didendang, beliau menunjukkan kepahlawannya dari segi kemanusiaan dengan membantu ratusan rakyat yang cedera tanpa diketahui oleh Jepun.

“Sybil membahayakan diri sendiri untuk membantu orang ramai termasuk memberi rawatan kepada musuh walaupun sedar beliau akan diseksa sekiranya ditangkap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Kisah mengenai Mat Kilau diangkat dalam filem oleh Syamsul Yusof hingga berjaya mencatat kutipan sebanyak RM61 juta di pawagam selepas 17 hari tayangan.

Teo Kok Seong berkata, Sybil adalah seorang jururawat dan pejuang Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun yang membantu menyelamatkan ramai nyawa dengan memberi perkhidmatan perubatan kepada ratusan rakyat pelbagai kaum termasuk kumpulan anti-gerila semasa perang dunia kedua.

Beliau merupakan satu-satunya wanita di Tanah Melayu yang pernah dianugerahkan Pingat King George IV oleh kerajaan British ketika era penjajahan.

Katanya, ramai individu membantu dalam pembentukan Malaysia, jangan hanya mengangkat orang berprofil tinggi sahaja, tetapi, fokuskan kepada yang berprofil rendah dari kalangan rakyat biasa juga.

“Penekanan harus diberikan kepada rakyat biasa berbilang kaum yang turut menyumbang kepada pembentukan serta keamanan negara.

Penyeimbangan sejarah amat penting, bukan sejarah politik sahaja difokuskan, namun sejarah sosial dan budaya juga,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya