JHEAT siasat pelanggan peluk wanita di kedai makan

JHEAT siasat pelanggan peluk wanita di kedai makan

TANGKAP layar rakaman klip video memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan yang tular dalam media sosial sejak kelmarin. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengambil  tindakan terhadap individu terlibat dalam klip video aksi tidak sopan di sebuah kedai makan di Setiu, dekat sini yang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidi berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung video tular yang menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Katanya, premis tersebut  berada dalam pemerhatian pihaknya susulan aduan orang awam sebelum ini.

“Perkara ini bukan sahaja mencemarkan agama Islam tetapi juga boleh menjadi punca masalah sosial dan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Kita akan lihat bidang kuasa JHEAT dan siasatan akan dibuat kerana perkara ini tidak seharusnya berlaku dan berterusan,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 34 saat tular dalam media sosial sejak kelmarin menunjukkan dua pelanggan lelaki di sebuah kedai makan di Setiu memeluk bahu dan pinggang pelayan wanita kedai berkenaan.

Penularan rakaman terbabit menyaksikan rata-rata warga maya mengecam tindakan memalukan individu terlibat selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Tambah M. Rozi, pihak yang didapati bersalah boleh diambil terhadap mereka sekiranya didapati bersalah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Katanya, sekiranya didapati bersalah di bawah enakmen itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM1,000 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya