Denda, hukuman berat pada mat rempit - Guan Eng - Utusan Malaysia

Denda, hukuman berat pada mat rempit – Guan Eng

AKSI merbahaya mat rempit di Semabok, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa tindakan tegas diambil terhadap penunggang motosikal yang terjebak dengan aktiviti ‘mat rempit’, sama seperti tindakan yang diambil terhadap pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. 

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, sebarang langkah pilih kasih perlu dielakkan kerana tindakan tersebut jelas membahayakan terutama kepada pengguna yang tidak bersalah. 

“Denda dan hukuman berat dikenakan kepada mereka yang memandu dalam keadaan mabuk tetapi tidak kepada mat rempit. Apakah jenis double standard ini?

“Ini adalah bahaya yang jelas kepada penunggang yang tidak bersalah. Mat rempit sepatutnya dikenakan hukuman penjara yang berat dan denda sama seperti pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. No double standard!,” menurut hantaran dalam laman sosialnya, semalam. 

Media sebelum ini melaporkan, empat maut selepas sekumpulan mat rempit terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu pada awal pagi, baru-baru ini. 

Kemalangan itu membabitkan beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram selepas beberapa penunggang dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN