Bantuan banjir dipantau, elak kelewatan -Ismail Sabri

Bantuan banjir dipantau, elak kelewatan -Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob menghadiri solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD FIRDAUS MOHD JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah sentiasa dipantau bagi memastikan tidak sebarang kelewatan berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan tersebut penting terutama dalam mempercepatkan kerja-kerja pembaikan rumah mangsa yang terjejas akibat bencana kepala air itu.

“Selepas banjir berlaku di sebelah petang, pagi esoknya, kita sudah memberikan bantuan tunai. Yang penting ialah kediaman roboh perlu disediakan baharu atau dibaik pulih.

“Kita sedang memantau dari segi pelaksanaan kerana tidak mahu ada kelewatan, seperti mana kita janjikan perlu dipercepat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir di Lembangan Sungai Kupang dan Sungai Tiak, di Baling, Kedah.

Peruntukan itu melibatkan bantuan kepada 112 ketua isi rumah (KIR) iaitu Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, bantuan Barang Keperluan Asas sebanyak RM2,500, bantuan barangan elektrik sebanyak RM500 dan pembaikan rumah.

Isnin lalu, sebanyak 802 rumah dilaporkan terkesan dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur yang berlaku di Baling.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, 15 daripada rumah tersebut dilaporkan musnah sepenuhnya, manakala 18 lagi rosak teruk dan memerlukan pembaikan besar. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya