4 negeri pinda Perlembagaan, ikut serta RUU larangan wakil rakyat bertukar parti - Utusan Malaysia

4 negeri pinda Perlembagaan, ikut serta RUU larangan wakil rakyat bertukar parti

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Empat negeri iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri secepat mungkin selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu dilihat sebagai satu langkah yang sihat bagi memperkukuhkan
demokrasi.

Menurut beliau, apabila RUU dikuatkuasakan kelak, ia tidak memaksa mana- mana negeri untuk ikut tetapi mereka diberi kebebasan untuk berbuat demikian kerana Kerajaan Persekutuan tidak mengambil kuasa itu daripada kerajaan negeri.

“Pindaan dibuat kepada Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan serta kemasukan Fasal 1 dimana kuat kuasa peruntukan ini di peringkat negeri hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan Raja atau Yang Dipertua Negeri.

“Bagaimanapun, saya akan mengadakan sesi libat urus dengan semua negeri bagi menerangkan kebaikan RUU ini, sekiranya pihak kerajaan negeri nampak ia adalah baik, mereka akan mengikut langkah sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, kerjasama dari negeri-negeri itu dilihat membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuatkuasakan di peringkat negeri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, selepas selesainya proses di Dewan Rakyat apabila RUU diluluskan dengan majoriti undian sebanyak 209 ahli Dewan Rakyat, dijangkakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan pada bulan depan sebelum bacaan pertama dan kedua.

Beliau menjelaskan, setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, RUU tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan untuk diperkenankan dan pewartaannya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya