3,143 permit sembelih korban diluluskan di Terengganu

3,143 permit sembelih korban diluluskan di Terengganu

ORANG ramai yang ingin melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha perlu mendapatkan permit penyembelihan untuk mengurangkan risiko wabak penyakit ternakan. - UTUSAN/PUQTRA HAIRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 3,143 permit penyembelihan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sehingga semalam.

Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, permit yang diluluskan itu melibatkan lembu sebanyak 2,823 ekor, kerbau (24 ekor) dan kambing sebanyak 133 ekor.

Menurutnya, sebanyak 891 permit pemindahan ternakan juga diluluskan iaitu 1,945 ekor lembu, kerbau (26 ekor) dan 19 ekor kambing.

Katanya, permohonan pendaftaran penyembelihan itu bertujuan memastikan ternakan yang sihat sahaja disembelih dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian wabak penyakit ternakan selepas musim perayaan.

“Semua ternakan yang akan mendapat permit itu menjalani proses saringan kesihatan dan selamat dimakan,” katanya di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, JPV masih membuka permohonan permit sembelihan dan pemindahan ternakan itu dibuka di seluruh negeri ini sehingga esok.

Selain itu, katanya, orang ramai yang melaksanakan ibadah korban itu juga perlu mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh JPV.

Tambahnya, bilangan penyembelihan ternakan untuk ibadah korban di luar rumah sembelih juga meningkat pada tahun ini berbanding ketika penularan pandemik Covid-19, dua tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, bekalan lembu untuk ibadah korban di negeri ini juga mencukupi.

Difahamkan, kebanyakan harga setiap bahagian lembu untuk ibadah korban adalah antara RM750 dan RM900. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN