Pemandu F1 mengadu sakit belakang, tengkuk

Pemandu F1 mengadu sakit belakang, tengkuk

LEWIS Hamilton berdepan masalah besar di Grand Prix Azerbaijan, Baku minggu lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Badan automobil antarabangsa (FIA) merubah semula peraturan Formula Satu (F1) bagi mengelakkan pemandu mengalami masalah kesihatan serta sakit belakang jangka panjang jika tidak ditangani.

Ramai pemandu mengadu sakit tengkuk dan belakang selepas menamatkan Grand Prix (GP) Azerbaijan di Baku minggu lalu, malah mereka mengalami kesukaran untuk fokus di zon brek kerana kecenderungan kereta melantun.

Salah seorang pelumba yang mengalami kesakitan akibat insiden itu ialah Lewis Hamilton, malah prinsipal Mercedes, Toto Woff mendedahkan, dia tidak pasti jika juara dunia lapan kali itu mampu bersaing di Kanada hari ini.

Pemandu McLaren, Daniel Ricciardo turut mengalami kesakitan dan mengaskan, Hamilton bukan melebih-lebih tentang masalah yang dihadapi kerana dia sendiri terjejas akibat ‘gelombang’ di Baku.

“FIA telah memutuskan untuk campur tangan selepas berunding dengan doktor demi kepentingan keselamatan pemandu.

“Dalam sukan di mana pelumba secara rutin memandu pada kelajuan melebihi 300 kilometer sejam (kmj), semua tumpuan pemandu perlu terarah kepada tugas itu, keletihan atau kesakitan berlebihan boleh membawa kesan sekiranya berlaku.

“Selain itu, FIA mempunyai kebimbangan berhubung impak fizikal serta merta ke atas kesihatan pemandu, beberapa daripada mereka telah melaporkan sakit belakang berikutan kejadian baru-baru ini,” kata FIA dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum musim baharu bermula, FIA memperkenalkan peraturan teknikal ‘porpoising’ bagi membolehkan kereta mengekori rapat satu sama lain.

‘Porpoising’ iaitu fenomena aerodinamik menyaksikan semakin laju kereta meluncur, semakin jauh ia ‘disedut’ ke lantai.

Ia boleh menyebabkan aliran udara terhenti dan kereta tiba-tiba melambung, namun ke bawah semula apabila udara kembali ‘menyedut’.

Begitupun peraturan yang diperkenalkan itu memberi kesan sampingan kepada beberapa pasukan, dan apa yang berlaku di Azerbaijan adalah yang paling teruk setakat ini sehingga memaksa mereka mengarahkan setiap pasukan merombak semula aspek aerodinamik. – AGENSI – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN