Pelantikan Timbalan Pengerusi Eksekutif Caely, palsu - Jovian - Utusan Malaysia

Pelantikan Timbalan Pengerusi Eksekutif Caely, palsu – Jovian

JOVIAN MANDAGIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pereka fesyen dan juga menantu Perdana Menteri, Jovian Mandagie menafikan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharu Caely Holdings Bhd. (Caely)

Jovian berkata, pengumuman yang dibuat syarikat pakaian dalam itu di Bursa Malaysia pada 14 Jun lalu sama sekali adalah palsu, tidak benar dan mengelirukan orang ramai. 

Tegasnya, sehingga kini dia tidak pernah menandatangani apa-apa borang mahu pun memberi persetujuan mengenai tawaran pelantikan jawatan itu.

“Saya menghadiri satu mesyuarat bersama wakil Caely, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun lalu untuk berbincang mengenai potensi kerjasama antara kami dan mereka menawarkan saya kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif.

“Namun, tiada apa-apa kata persetujuan yang dicapai dan saya tidak menerima pelantikan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Caely mengumumkan pelantikan Jovian sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif baharunya berkuat kuasa, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Jovian berkata, pengumuman palsu Caely turut mencemarkan reputasinya sebagai ahli korporat.

Katanya, dia memandang serius kejadian itu dan akan mendapatkan nasihat guaman sebelum membuat laporan kepada Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN