PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memikirkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pada masa ini UMNO dan BN menyasarkan matlamat untuk menang seberapa banyak kerusi yang boleh sekali gus menjadi parti terbesar yang akhirnya dapat menawarkan kestabilan politik. Jika menang, beliau berkata, BN mempunyai pilihan pada waktu itu, maka barulah…










