Jual ayam RM8.90 bantu ringan beban penduduk kampung - Utusan Malaysia

Jual ayam RM8.90 bantu ringan beban penduduk kampung

PELANGGAN mendapatkan ayam bulat super di pusat jualan Ayam Bismi yang dijual pada harga RM8.90 sekilogram di Simpang Empat, Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah syarikat penternakan di sini menjual ayam bulat super yang disembelih dan siap dibersihkan tanpa kepala, kaki dan isi perut pada harga RM8.90 sekilogram berbanding harga siling RM9.90.

Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Mazlina Kamarudin berkata, walaupun keuntungan menyusut RM1 daripada jualan, langkah itu diharap dapat meringankan beban pengguna dan peniaga kecil.

“Selama ini memang kami jual RM8.90 berbanding RM9.90 bagi ayam bulat super. Rugi RM1 tak apalah. Harga RM8.90 ini sebenarnya harga untuk ayam bulat yang siap sekali usus, isi perut yang paling kurang 100 hingga 200 gram beratnya.

“Apabila pengguna bayar pada harga itu (RM9.90) mereka rugi antara 90 sen sehingga RM1.80, kami cuma ingin bantu pengguna dan peniaga kecil yang beli ayam di sini pada harga rendah untuk jual di kampung masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Sabtu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan kerajaan tidak mengapungkan harga ayam di pasaran negara bukanlah satu tindakan ‘U-turn’ sebaliknya memenuhi kehendak rakyat.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang diumumkan adalah bagi memenuhi hasrat rakyat kerana ia mampu memberi kebaikan kepada semua.

Tambah Mazlina, setiap hari sebanyak 10,000 ayam bulat disediakan di 16 pusat jualan Ayam Bismi.

“Sehingga kini sambutan sangat menggalakkan di semua outlet kami, tetapi harga ini ditetapkan sehingga 1 Julai apabila pengumuman harga kawalan baharu dibuat.

“Sebenarnya tanpa subsidi memang syarikat tidak untung tetapi syarikat tidak berhasrat untuk mengambil keuntungan berlebihan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya