Johor sasar lebih RM7 bilion pelaburan

Johor sasar lebih RM7 bilion pelaburan

EE Ting Han (dua dari kiri) beramah mesra dengan enam orang kanak-kanak yang menerima tablet sempena perasmian Cawangan Deloitte Malaysia di Menara Jland, Johor Bahru di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mengunjurkan pelaburan lebih tinggi pada tahun ini berbanding RM7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, peningkatan itu didorong oleh pembukaan semula sempadan antarabangsa di negara ini yang merancakkan aktiviti ekonomi termasuk di Johor.

Katanya, keupayaan Johor sebagai satu destinasi pelaburan antarabangsa berjaya menarik minat syarikat pelabur asing termasuk dari Singapura, Korea Selatan dan China.

“Pelaburan Johor yang direkodkan pada 2020 adalah sebanyak RM6.78 bilion dan meningkat 2.5 peratus pada tahun berikutnya kepada hampir RM7 bilion bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Tahun ini kita menjangkakan Johor mampu mencapai satu angka lebih baik susulan pembukaan sempadan hingga menarik minat pelabur negara terutama daripada Singapura China dan Korea Selatan.

“Bagi sasaran nilai pelaburan pada tahun ini masih belum ditetapkan namun Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijangka memaklumkan perkara itu ketika pengumuman amanat dalam masa terdekat,” katanya ketika menghadiri majlis pembukaan pejabat Deloitte Malaysia di Menara JLand, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng.

Ting Han berkata, kerjasama daripada firma perunding kewangan seperti Deloitte juga mampu membantu Johor dalam menarik lebih banyak pelaburan terutama daripada Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik.

Katanya, pihak awam dan juga swasta baik di negeri ini mahupun di luar negara boleh memainkan peranan mempromosikan Johor sebagai destinasi pelaburan di rantau ini.

“Justeru itu, kerajaan Johor akan bekerjasama dengan mereka termasuk dari luar Malaysia bagi menawarkan servis dalam membantu pelabur untuk melabur di Johor,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya