Hanya lima kematian Covid-19 dilapor semalam - Utusan Malaysia

Hanya lima kematian Covid-19 dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lima kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripadanya melibatkan kes kematian yang dibawa ke hospital (BID). 

Menurut laman Covid Now, sejumlah 2,320 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 23,886 kes. 

Daripada jumlah aktif itu, 22,840 individu atau 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 18 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 990 atau 4.1 peratus lagi dirawat di hospital dengan 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, Sebanyak 1,390 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,473,021. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya