Hampir 25,000 calon tidak duduki SPM 2021, pengalaman pembelajaran sangat mencabar - Utusan Malaysia

Hampir 25,000 calon tidak duduki SPM 2021, pengalaman pembelajaran sangat mencabar

NOOR Zamani Abdol Hamid dalam sidang akhbar pengumuman SPM 2021 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 24,941 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tidak menduduki peperiksaan itu berbanding 407,097 calon berdaftar di 3,382 pusat peperiksaan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan dalam dua sesi berikutan pandemik Covid-19 dan merupakan kumpulan pelajar pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Tingkatan 1 pada tahun 2017.

Menurut beliau, calon ini juga melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar dalam norma baharu sepanjang mereka berada di Tingkatan 4 dan 5 akibat pandemik Covid-19.

“Kita akui bukan mudah untuk membuat persediaan menduduki peperiksaan utama seperti SPM dengan keadaan pembelajaran secara bersemuka yang sangat terhad. Pelaksanaan sesi akademik 2021/2022 telah memberi ruang kepada calon untuk meningkatkan kesediaan bagi menghadapi peperiksaan dengan lebih baik.

“Berbekalkan kekuatan mental, fizikal, emosi dan semangat juang yang tinggi serta sokongan daripada pelbagai pihak, calon peperiksaan SPM 2021 telah menduduki peperiksaan dengan jayanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN