Diskaun feri roro dilanjut sehingga 31 Disember - Utusan Malaysia

Diskaun feri roro dilanjut sehingga 31 Disember

TAN TEIK CHENG (kanan) mengumumkan SPPP akan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna feri roro sehingga hujung tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Diskaun sebanyak 50 peratus bagi penunggang motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri roll on roll off (roro) akan dilanjutkan untuk tempoh  enam bulan lagi mulai 1 Julai  sehingga 31 Disember depan. 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, pihaknya menerusi inisiatif di bawah aspirasi Keluarga Malaysia memberi diskaun 50 peratus bagi tambang feri roro selama enam bulan bermula 1 Januari lalu. 

“Sehingga 31 Mei lalu, sejumlah 62,564 buah motosikal dan 1,393 buah basikal menikmati pemberian diskaun 50 peratus itu dan bagi tempoh tersebut,  SPPP telah membelanjakan sebanyak RM65,539.

”Sehubungan itu, SPPP akan menyambung pembiayaan 50 peratus tambang feri kepada pengguna feri roro untuk tempoh  enam bulan lagi mulai 1 Julai  sehingga 31 Disember depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, inisiatif itu diharap dapat terus membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan feri roro iaitu bagi penumpang motosikal, basikal dan beca. 

Tambah beliau, dengan pemberian 50 peratus diskaun terhadap tambang feri roro semua penunggang motosikal hanya perlu membayar RM1 manakala penunggang basikal hanya membayar RM0.70.

“Inisiatif ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 100,000 pengguna motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri ini dalam tempoh enam bulan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN