Cuaca panas, tiada jemaah Malaysia alami strok haba - Utusan Malaysia

Cuaca panas, tiada jemaah Malaysia alami strok haba

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun keadaan cuaca panas mencecah 48 darjah celsius, namun tiada mana-mana jemaah haji Malaysia dilaporkan diserang strok haba.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihak pengurusan Tabung Haji (TH) dan pasukan perubatan sentiasa memberi peringatan dari semasa ke semasa kepada para jemaah agar menjaga kesihatan diri serta tidak terdedah kepada cuaca panas.

Katanya, setakat ini seramai 6,075 daripada keseluruhan 14,306 jemaah haji negara sudah berada di tanah suci.

“Suhu di Mekah dan Madinah kini menjangkau 48 darjah celsius, bagaimanapun jemaah kita mudah mengadaptasi suasana dan cuaca apabila tiba di tanah suci. 

“Alhamdulillah seperti musim haji lalu, disiplin para jemaah haji Malaysia kekal di tahap terbaik dan saya percaya kesiapsiagaan menunaikan ibadah itu hasil kursus yang diadakan semasa di tanah air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syed Saleh, disiplin tinggi jemaah haji negara sering mendapat pujian dan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi hingga dijadikan kayu pengukur disiplin kepada jemaah dari seluruh dunia.

Katanya, hal itu kerana rakyat Malaysia sinonim dengan budaya peramah dan patuh kepada sebarang peraturan dikeluarkan oleh pengurusan TH mahu pun kerajaan Arab Saudi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya