MELAKA: Penerimaan emel mengemas kini maklumat Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen (APAD) tidak mencerminkan pembubaran Dewan Rakyat dalam masa terdekat, sebaliknya ia adalah amalan biasa apabila usia sesuatu penggal melepasi empat tahun. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, rata-rata ahli Parlimen menerima e-mel yang dihantar Pejabat Parlimen Malaysia itu pada 3 Jun iaitu Jumaat lalu. Beliau berkata, emel berkenaan bukanlah sesuatu perkara yang ‘mengejutkan’…










