14 rumah

14 rumah di Teluk Panglima Garang dilanda banjir

KEADAAN banjir di 14 rumah di Jalan Perepat, Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi mengakibatkan 14 rumah di Jalan Perepat, Teluk Panglima Garang di sini, ditenggelami air akibat banjir hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menjejaskan seramai 64 mangsa daripada 11 keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 7.19 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 14 rumah di kawasan tersebut dinaiki air sedalam 0.5 meter. Kesemua 64 mangsa terdiri daripada 50 lelaki dan wanita dewasa, lima warga emas dan lapan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Jelas Hafisham, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

 “Hanya satu keluarga berpindah di sebuah rumah di sekitar kawasan berkenaan. Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” ujarnya.

 Tambah beliau, pihaknya masih menjalankan pemantauan lanjut dan keadaan di lokasi banjir masih terkawal.

Dalam pada itu, sebuah rumah di Jalan Pengkalan, Kampung Nelayan, Klang  turut terjejas banjir.

Lima mangsa termasuk tiga kanak-kanak dan seorang warga emas berpindah menyelamatkan diri ke lokasi selamat sebelum ketibaan bomba. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya