ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan merasakan pasukan bimbingannya sepatutnya mampu mencatat keputusan lebih baik daripada hanya terikat 0-0 dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika bertandang ke Stadium Darul Aman kelmarin. Menurut Devan, adalah jelas anak-anak buahnya memiliki lebih peluang berbanding pasukan tuan rumah di sepanjang tempoh 90 minit perlawanan. Namun katanya, barisan penyerang NSFC gagal menterjemah peluang tersebut kepada jaringan untuk membawa pulang…