KUALA LUMPUR: Status keahlian Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan dibincang dalam masa terdekat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha berkata, Zuraida setakat ini akan menjadi ahli biasa sehingga perkara itu dibincang dalam mesyuarat biro politik PBM. “Zuraida adalah ahli baru dan kedudukan beliau kita akan bincangkan dalam mesyuarat biro politik PBM. Kita tunggu Setiausaha Agung untuk panggil bermesyuarat,” katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas adakah penyertaan Zuraida ke PBM akan mengambil alih tempat Larry Sng yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya