Laporan JISA bagi kemalangan tragis pelajar USAS siap minggu depan - Utusan Malaysia

Laporan JISA bagi kemalangan tragis pelajar USAS siap minggu depan

ZAILANI Hashim (kanan) dalam sidang akhbar selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri JPJ Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. -=UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kemalangan tragis yang meragut nyawa lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada 12 Mei lalu akan diketahui minggu depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi menentukan sama ada lori treler yang melanggar kumpulan pelajar berkenaan mematuhi segala peraturan ditetapkan.

“Kita melakukan penugasan pengumpulan maklumat dan tindakan lanjut akan dibuat selepas laporan JISA disiapkan. 

“Kita juga akan memeriksa sama ada kenderaan terlibat menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri JPJ Terengganu di sini hari ini.

Pada 12 Mei lalu, lima pelajar USAS yang dalam perjalanan pulang dari Ipoh, Perak ke rumah sewa mereka di Taman Chandan Puteri maut setelah kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Dalam kejadian itu, kesemua pelajar terbabit rentung selepas kereta dan treler muatan besi pagar yang melanggar dari belakang itu terbakar kira-kira 90 peratus.

Zailani berkata, tumpuan JISA bagi memastikan kenderaan berat yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu benar-benar mematuhi spesifikasi ditetapkan dalam kejuruteraan automobil JPJ. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN