Kecederaan lama hambat Woods

Kecederaan lama hambat Woods

Tiger Woods
TIGER WOODS - afp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TULSA (Oklahoma) – Tiger Woods terpaksa menarik diri daripada meneruskan Kejuaraan PGA selepas mencatat sembilan atas par 79 dalam saingan pusingan ketiga ekoran kecederaan lamanya berulang.

Juara 15 kali itu enggan meneruskan permainan selepas mendakwa kaki kanannya yang pernah menjalani rawatan sebelum ini merasa sakit sepanjang aksi atas lapangan kejohanan itu.

Woods sebelum ini terlibat dalam kemalangan kereta pada 21 Februari 2021, namun kembali ke lapangan bulan lalu dalam kejohanan Masters.

Pemain berusia 46 tahun itu dilihat berdepan kesukaran dalam aksi pembukaan Sabtu lalu, sebelum mengadu kesakitan pada kaki kanan.

“Kaki saya sakit. Saya akan usaha sesuatu dan lihat bagaimana keadaannya. Aksi saya sering tidak kena malah pukulan saya tidak bagus,” kata Woods.

Keadaan tidak seperti yang dijangkakan, malah selepas tamat pusingan ketiga, penganjur kejohanan sudah mengetahui beliau akan menamatkan saingan.

“Kami mengagumi kesediaan dia (Woods) menyertai kejohanan ini dan kami berharap dia akan segera pulih daripada kecederaan,” kata Presiden PGA Amerika Syarikat, Jim Richerson.

Dalam saingan semalam, Mito Pereira dari Chile mencatat satu bawah par 69 untuk berada sembilan bawah 211 selepas 54 lubang berbekalkan tiga pukulan mengatasi saingannya dari England, Matthew Fitzpatrick dan pemain AS, Willa Zalatoris. – AFP – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya