Dua pendaki hilang  dihanyutkan kepala air

Dua pendaki hilang  dihanyutkan kepala air

kepala air
PASUKAN penyelamat menyelusuri laluan air bagi mencari dua pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa warga tempatan itu diaktifkan selepas pihak polis menerima maklumat pada pukul 6.50 pagi.

Katanya, lokasi kejadian merupakan Hutan Simpan Kekal Gunung Siku yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari jalan utama.

“Semasa kejadian pada pukul 5 pagi, sekumpulan 29 pendaki telah mendengar bunyi air dan tanah runtuh di atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.

“Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki berkenaan dengan dua daripada mereka dihanyutkan arus deras,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

SELAMAT

Menurut beliau, 27 pendaki lain ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat dan operasi mencari dua mangsa lain kini sedang dijalankan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi pencarian dua mangsa itu dijalankan dalam radius lima kilometer dari lokasi terakhir mereka dilihat.

Katanya, pasukan penyelamat digerakkan dengan menyelusuri laluan air bagi mengesan kedua-dua pendaki terbabit.

“Maklumat berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 6.55 pagi dengan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat, pendaki wanita itu bersama 27 pendaki lain sedang melakukan aktiviti pendakian sebelum kedua-dua mangsa hilang dipercayai dihanyutkan kepala air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, perjalanan untuk naik ke lokasi mangsa dipercayai berada dijangka mengambil masa antara dua ke tiga jam.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai 22 anggota BBP Simpang Pulai termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dibantu 31 anggota terdiri pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung, Jabatan Perhutanan Perak dan Kelab Rekreasi dan Komunikasi Radio Cameron Highlands (RCRC). – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya