Anwar junjung kasih tindakan pantas Sultan Perak - Utusan Malaysia

Anwar junjung kasih tindakan pantas Sultan Perak

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas kepantasan baginda berhubung isu membabitkan Datuk Dr Afifi al-Akiti yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Menurut Presiden PKR itu, perkara tersebut membuktikan ketegasan Sultan Perak dalam memastikan institusi Islam dan istana tidak dicemari.

“Saya ikuti perkembangan pengunduran menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang diulit kontroversi baru-baru ini.

“Menjunjung kasih atas kepantasan Tuanku Sultan Perak dalam meleraikan keresahan rakyat dan memelihara integriti institusi Islam. Ia juga membuktikan ketegasan Duli Tuanku dalam memastikan institusi Islam dan Istana tidak dicemari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Nazrin berkenan menerima permohonan meletak jawatan Afifi yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan Ahli Rasmi Dewan Negara Perak.

Dalam salinan surat permohonan meletakkan jawatan Afifi yang dilampirkan dalam kenyataan akhbar tersebut, Afifi memohon meletak jawatan berikutan sejak dua minggu berlaku penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan tular dalam media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang tokoh agama yang juga dikatakan penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya