PM terima hadiah al-Quran, kurma dari Raja Arab Saudi - Utusan Malaysia

PM terima hadiah al-Quran, kurma dari Raja Arab Saudi

ISMAIL Sabri meneliti hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima hadiah berupa al-Quran dan kurma daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sempena bulan Ramadan.

Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Putrajaya.

Jelasnya, sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Selain pengagihan kurma, baginda juga akan menyumbang lebih 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

“Saya menganggap hadiah terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu ini tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutama dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN,” katanya dalam kenyataan.

Di atas sumbangan tersebut, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada Raja Salman serta kerajaan Arab Saudi.

“Moga ikatan diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN