PETALING JAYA: Orang ramai tidak boleh memandang ringan jangkitan Covid-19 walaupun prosedur operasi standard (SOP) diberi kelonggaran tertentu. Pengerusi Pasukan Sukarelawan Komuniti (Penglibatan dan Pemerkasaan) Melawan Covid-19 (VCEE19), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, masyarakat tidak boleh memandang ringan keadaan tersebut sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi belum mengisytiharkan pandemik Covid-19 sudah berakhir kerana masih terdapat kemungkinan wujud varian-varian baharu pada masa hadapan. “Kerajaan…