Kontena sarat muatan jatuh dari atas jejambat - Utusan Malaysia

Kontena sarat muatan jatuh dari atas jejambat

SEBUAH kontena sarat muatan jatuh dari atas jejambat berhampiran persimpangan Laguna Park dekat Pulau Indah, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di atas jejambat berhampiran persimpangan Laguna Park dekat Pulau Indah, Pelabuhan Klang di sini menyebabkan kontena sarat muatan yang dibawa itu terjatuh ke bawah.

Lebih malang, kontena tersebut jatuh menimpa sebuah lori treler yang sedang melalui kawasan itu di Lebuhraya Pelabuhan Barat.

Menerusi perkongsian video dan gambar dalam media sosial oleh pengguna di sana, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tengah hari tadi mengakibatkan kesesakan di laluan menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Bagaimanapun, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, ketika dihubungi memaklumkan kes sedang disiasat dan kawalan trafik di kawasan berkenaan masih dilakukan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN