ARAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Perikatan Nasional (PN) tidak ada pilihan selain perlu menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain bagi membentuk gabungan yang kuat bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, Bersatu berdepan laluan cukup sukar dalam PRU15 memandangkan parti tersebut tidak mempunyai kekuatan akar umbi manakala Pas…