Bantuan Hari Raya MAIPk RM9.18 juta - Utusan Malaysia

Bantuan Hari Raya MAIPk RM9.18 juta

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan bantuan zakat kepada wakil penerima Daerah Kinta pada Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri di Masjid Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada dana zakat MAIPk berjumlah lebih RM8.33 juta.

Bantuan diserahkan kepada penghulu dari 12 daerah yang mewakili 33,342 penerima terdiri asnaf fakir dan miskin seluruh negeri.

Daerah Kinta menerima agihan tertinggi iaitu RM2.3 juta diikuti Larut Matang Selama (RM1.1 juta), Perak Tengah (RM801,750), Kerian (RM714,750), Hulu Perak (RM655,750), Kuala Kangsar (RM651,500).

Daerah Manjung dengan jumlah agihan sebanyak RM543,000, Hilir Perak (RM362,750), Bagan Datuk (RM325,000), Kampar (RM300,750), Muallim (RM296,000) dan Batang Padang (RM285,750).

Secara keseluruhan, bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk tahun 2022 berjumlah RM9.18 juta melibatkan keseluruhan 36,754 penerima termasuk asnaf mualaf seramai 3,412

orang dengan jumlah bantuan RM853,000.

Dalam majlis itu, baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan dua anggota MAIPk yang baharu iaitu Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Arshad dan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN