42 mat rempit ditangkap, polis sita 208 motosikal - Utusan Malaysia

42 mat rempit ditangkap, polis sita 208 motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Trend aktiviti mat rempit semakin menjadi-jadi di Johor sejak kebelakangan ini di mana segelintir penunggang motosikal gemar melakukan aksi berbahaya semata-mata untuk disiarkan dalam media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, antara aksi dilakukan termasuklah lumba haram, ‘wheelie’ dan ‘superman’ selain mengubah suai kenderaan.

Katanya, golongan berkenaan dilihat masih tidak serik walaupun pernah terlibat dengan kemalangan selain telah diambil tindakan sebelum ini.

“Ekoran aktiviti mat rempit semakin menjadi-jadi di Johor kebelakangan ini, kita telah menjalankan Op Khas Samseng Jalanan bermula 9 April hingga kelmarin.

“Sepanjang tempoh berkenaan, seramai 42 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka yang ditahan kesemuanya berusia antara 14 hingga 53 tahun dengan tumpuan khusus diberi terhadap kumpulan motosikal yang melakukan konvoi dan aksi berbahaya lain,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, dalam tempoh seminggu itu juga, pihaknya telah mengeluarkan sejumlah 2,350 keping saman atas pelbagai kesalahan dengan pemeriksaan dibuat terhadap seramai 12,815 individu melibatkan 10,035 buah kenderaan.

“Daripada jumlah tersebut, 3,723 buah motosikal telah diperiksa dengan 208 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan komitmen pihaknya untuk terus melakukan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti berkenaan dapat dibendung dan dikekang sepenuhnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya