4,143 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi, Jakim - Utusan Malaysia

4,143 jenazah Covid-19 diuruskan Jawi, Jakim

PENGURUSAN jenazah pesakit Covid-19 beragama Islam dilaksanakan secara berpusat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menguruskan 4,143 jenazah Covid-19 setakat hari ini. 

Jawi menerusi hantaran di Facebook berkata, jumlah jenazah yang dikendalikan itu adalah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 2,286 adalah jenazah lelaki manakala, baki 1,8577 adalah jenazah wanita. 

“Kumpulan usia 61 hingga 80 tahun mendahulu jumlah kematian terbanyak dengan 1,569 jenazah diikuti, kumpulan usia 41 hingga 60 tahun adalah 1,688 jenazah. 

“Ia kemudian diikuti kumpulan usia 21 hingga 40 tahun iaitu 573 jenazah, 271 jenazah (81 hingga 100 tahun), 40 jenazah (0 hingga 20 tahun) dan dua jenazah (101 tahun dan ke atas,” katanya. 

Katanya, ketika ini, pasukan itu disertai 120 petugas terdiri daripada 91 lelaki dan 29 wanita. 

Dalam pada itu, katanya, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan jenazah tertinggi dengan 1,883 jenazah Covid-19 diikuti Hospital Ampang (712), Pusat Perubatan Universiti Malaysia (535 jenazah).

Jawi berkata, sempena akhir Ramadan ini, semua diminta mendoakan keampunan dan kerahmatan kepada ibu bapa, anak-anak, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan yang telah menjadi korban pandemik wabak Covid-19.

“Ziarahilah pusara mereka sebagai tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan solihin,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN