UMNO Terengganu mahu `berperang’ secara solo

UMNO Terengganu mahu `berperang’ secara solo

Para petugas membuat persiapan akhir sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Berperang secara solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti merupakan antara isu utama yang akan disuarakan kepemimpinan UMNO Terengganu dalam Perhimpunan Agung UMNO, kali ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, UMNO negeri sudah memutuskan menolak gabungan Perikatan Nasional (PN) mahu pun Muafakat Nasional (MN).

“Kita tidak akan berkompromi dengan Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mahu bertanding solo sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor.

“Di samping itu, kita bersetuju menggesa penangguhan pemilihan parti selepas PRU15,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nik Dir berkata, langkah itu tepat bagi mengelak sebarang perpecahan dalam kepemimpinan dan ahli.

Malah katanya, tempoh penangguhan itu berkemungkinan tidak mengambil masa lama memandangkan PRU15 diramalkan diadakan selewat-lewatnya pada Oktober depan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, UMNO Terengganu mendapat lampu hijau daripada kepemimpinan tertinggi parti untuk bertanding di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN