KUALA TERENGGANU: Berperang secara solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti merupakan antara isu utama yang akan disuarakan kepemimpinan UMNO Terengganu dalam Perhimpunan Agung UMNO, kali ini. Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, UMNO negeri sudah memutuskan menolak gabungan Perikatan Nasional (PN) mahu pun Muafakat Nasional (MN). “Kita tidak akan berkompromi dengan Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mahu bertanding…