Tidak wajar minta syarikat e-hailing mencarum pekerja gig - Utusan Malaysia

Tidak wajar minta syarikat e-hailing mencarum pekerja gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menganggap tidak wajar untuk membiarkan syarikat e-hailing mencarumkan pekerja sektor ekonomi gig di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Menerusi jawapan bertulis, kementerian itu berkata, pekerja gig masih di bawah akta tersebut dan tidak mempunyai sebarang caruman seperti mana pekerja-pekerja formal yang lain.

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada masa kini mentadbir tiga buah akta yang berkaitan dengan perlindungan keselamatan sosial, iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Namun, buat masa ini, pekerja gig hanya tertakluk di bawah Akta 789 sahaja kerana pekerja gig didefinisikan sebagai orang yang bekerja sendiri, tidak mempunyai hubungan master and servant seperti mana pekerja-pekerja formal yang lain.

“Akta 789 menghendaki caruman sebelah pihak sahaja, iaitu orang yang bekerja sendiri yang dalam hal ini adalah pekerja gig,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta kementerian tersebut untuk menyatakan status terkini usaha kementerian untuk mengawal selia syarikat e-hailing bagi memastikan dasar caruman Perkeso sebagai langkah melindungi keselamatan pekerja di sektor ekonomi gig terletak di bawah tanggungjawab syarikat.

Nurul Izzah kemudiannya menerusi entri di laman Instagram menzahirkan rasa kecewa dengan jawapan itu dan mengharapkan supaya undang-undang baharu boleh diwujudkan bagi melindungi hak pekerja gig Kementerian Sumber Manusia yang mengatakan pekerja bagi sektor ekonomi gig terus dikategorikan di bawah Akta

“Jawapan agak mengecewakan. Tidak ada salahnya mewujudkan undang-undang baharu bahagi melindungi hak pekerja gig,” katanya ringkas. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN